pembentangan disertasi tahun akhir

 بسم الله الرحمن الرحيم 

bilik study, nasru.

الحمدلله atas segala nikmat yang الله telah cukupkan buat saya.

sepanjang setahun menyiapkan penulisan disertasi bacelor banyak pentarbiyahan الله buat saya yang sememangnya baru dan menggoncangkan kebiasaan. 

cbtl, klia

penulisan akan tetap menjadi tulisan di lembaran-lembaran, tapi apa yang menghidupkan diri saya ialah peristiwa dan pengalaman mengusahakan ke arahnya. 

ྀིྀིseri serdang with ribbiyun ྀིྀི

banyak perkara yang membantu saya membesarkan jiwa dan belajar tentang ehsan. bagi saya sangat penting persekitaran yang saling membantu kita melaksanakan tujuan hidup seoptimum yang mungkin. 

senai, jhb-kul

betul lah kan, nikmat apa lagi yang kita dustakan? 

saya tersentuh dengan surah al-baqarah 2:29

هُوَ ٱلَّذِى خَلَقَ لَكُم مَّا فِى ٱلْأَرْضِ جَمِيعًۭا ثُمَّ ٱسْتَوَىٰٓ إِلَى ٱلسَّمَآءِ فَسَوَّىٰهُنَّ سَبْعَ سَمَـٰوَٰتٍۢ ۚ وَهُوَ بِكُلِّ شَىْءٍ عَلِيمٌۭ ٢٩
Dia lah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan Ia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


dapur nasru

tapi الله ar-rahman ar-rahim terhadap kita takkan uji luar kemampuan hambanya. الله telah jadikan makhluk ciptaan-Nya untuk kita terus menjadi abid dan khalifah kerana الله. manusia, alam, nasihat, peristiwa semua menjadi tanasuh terbaik untuk kita kembalikan kepada الله 


segala puji bagi الله 
kerisauan dan ketakutan semakin marak jika hanya memfokus
 pada masalah malah boleh merosakkan tanggapan kita terhadap الله. 


tasik cyber, cyberjaya

sebaliknya, الله maha baik yang sentiasa mendatangkan kita dengan 
orang-orang beri kata semangat, bantu pinjam laptop untuk print, hantarkan makanan sampai ke meja study seperti asma' abu bakar, jemput pulang dari fakulti, tempat meluah yang setia, sosok akhowat yang sentiasa menyantuni kerapuhan hati, 

paling utama yang sentiasa mengingatkan kita akan 
tujuan hidup sebenar di dunia dan kenapa kita kena uruskan dunia sebaiknya. 


usrah ribbiyun terakhir bersama kak tir

this phase of my life الله  truly humbled me, 
reminds me who is the magnificient creator that capable of all things. 

i am notihng without الله and his mercy, good or bad 
from الله for me to sabr and shukr more


 selepas pembentangan

tahniah dan syabas buat semua, memang hebat-hebat belaka!



ini bukan lah mengenai hasil kerja keras saya tetapi ini 
mengenai pengembalian nikmat kepada si pemberi nikmat yang tak terhitung banyaknya 

ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِينَ

 















Ulasan

Catatan Popular