Surat-surat Perempuan Johor oleh Faisal Tehrani


                                                       

 بسم الله الرحمن الرحيم 

  Surat-surat Perempuan Johor ialah antara karya sastera yang awal saya baca ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di UPM. Saya sangat tertarik untuk membacanya kerana saya juga anak gadis jati negeri Jauhar! Pada awalnya, saya membuat kajian terhadap salasilah keluarga Roquaiya Hanim yang cukup akrab dengan kerabat di Johor. Oleh itu, saya temui SSPJ sebagai salah satu rujukan dan mula mencari senaskah untuk ditekuni. 

Umumnya, penulisan Surat-surat Perempuan Johor ini terdapat dua matra. Sudut penulisan yang menggunakan bahasa melayu moden oleh Ungku Nur yang mengkaji warkah-warkah Tuk Hamidah. Manakala, penulisan Tuk Hamidah ialah gaya bahasa melayu klasik. Persamaan wanita tersebut ialah mereka merupakan kerabat Diraja Johor yang lantang menegur dan menasihati bapa mereka yang memegang tampuk pemerintahan negara Jauhar tersebut.Teguran yang tulus agar pemerintahan khalifah dan sistem Islam terus digunapakai. Malangnya suara mereka tidak dipedulikan. 

Secara peribadinya, setelah saya menghabiskan bacaan SSPJ ini saya sangat berbangga menjadi Perempuan Islam Melayu Johor. Apabila berada jauh dari Johor, semakin dalam rindu dendam ranah kelahiran. Semakin bersemangat untuk menelusuri sejarah-sejarah warisan budaya saya. 

Lihatlah, betapa hebatnya individu muslim apabila panduan mereka ialah Al-Quranul Karim. Betapa luar biasanya empayar Johor yang dipimpin atas dasar Islam. Hakikatnya kini kita telah tenggelam dengan jahiliyyah dan pengaruh kuffar yang menyebabkan kita jauh dengan panduan Al-Quran. Ketaksaan umat semakin membarah sehinggakan mereka sendiri meneguk racun jahiliyyah tanpa paksaan.

 Mafhumnya, inti pati yang ingin disampaikan ialah kita seyogia kembali kepada pentarbiyyahan Al-Quran dalam membentuk jati diri individu muslim yang kental. Hanya dengan panduan Al-Quran sahajalah mampu mengeluarkan potensi kita sebagai seorang abid dan khalifah di muka A'rd. Ya Allah, Ya Sami' jadikanlah kami hambaMu yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Ya Mujib Ya Rabbalalamin. 


 

Ulasan

  1. Masya-Allah, hebat sungguh penulisan FT. Bukan sahaja menghidupkan watak bahkan hidupkan kesedaran dalam jiwa pembaca juga 🤯

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih atas sebarang pandangan dan kritikan ♥︎

Catatan Popular