Kia Ora!


 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي

Kia Ora Aotearoa!

Pada tahun dua ribu dua puluh tiga  
 kakiku mengembara di segenap benua 
dari bumi Aoteroa hingga ke Belanda
buat mengubati gundah gulana  
Masya-Allah Tabarak-Allah semua indah belaka
aku bersyukur kepada engkau Yang Maha Esa!


Mafhumnya, keluar untuk bermusafir dan mengembara adalah satu anjuran sebagaimana firman Allah S.W.T  di atas. Kembaralah agar mendapat manfaat, Kembaralah agar mendapat rahmat, Kembaralah agar mensyukuri nikmat, Kembaralah agar semakin taat. 




Saya juga berkesempatan untuk menyambut usia yang ke-21 di ranah Maori ini. Demikianlah angka 1, selama setahun saya mendapat pentarbiyyahan Al-Quran oleh murobbi Al-Huda. Kembara saya tahun ini cukup berbeza berbanding darmawisata yang sebelum ini. 

Ya Khaliq Ya Bari Ya Musawwir kejadian ciptaanMu aku kagumi. Pada setiap langkah dan perjalananku menyaksikan setiap gunung-ganang, gumpalan awan, haiwan ternakan dan insan. Mereka pula sememangnya bertasbih tunduk di bawah naunganMu. Sesungguhnya alam buana inilah bukti kekuasaanMu dan aku menjadi sebahagian daripada itu. 

Ya Allah Ya Mu'ir berkatilah usiaku, redhalah kepadaku, ampunkan daku, terimalah amalku. Aku bersyukur dengan nikmat Islam yang kau berikan. Jadikan aku hambaMu yang bernafas dalam hela Shahadah. 



Tangohia he pikitia me nga hiri, 
Nga mihi ki a koe Aotearoa!


Ulasan

Catatan Popular