mahu mengatasi mampu

 بسم الله الرحمن الرحيم 


ahad yang lalu, usrah kami, al-fateh menerima hadiah istimewa daripada murobbi kami. buku penjejak mutabaah amal hasil tangan murobbi kami yang siang malamnya memikirkan kebaikan untuk umat. murobbi yang sentiasa siaga memberikan jiwanya untuk jalan dakwah dan tarbiyah. moga الله merahmati segala usahanya dan melahirkan lebih ramai lagi penolong agama الله. 


bagaikan rasa dilamar. kami al-fateh sangat teruja dan berbesar hati menerimanya. buat diri saya yang sangatlah struggle nak kholas MA, this is very helpful إن شاء الله. kadang tu mula lah ada alasan yang kita tak mampu pun nak buat sebab itu ini.
Ada apa dengan mahu dan mampu? 
percayalah selagi ada kemahuan yang tinggi الله akan mampukan juga. kemampuan ini boleh menipu kita kalau tak cuba, kan? 

Kalau macam saya sendiri yang hafazan tu lah paling hebat sekali kalau nak mula, nak teruskan, nak kekalkan. Kagum sangat dengan orang yang kuat hafalannya baik yang arab mahupun maksudnya. 

Saya sedar akan kekurangan dan kelemahan diri yang pelupa ni, tapi inilah pahala yang الله nak bagi lebih untuk saya sabar dan keep on usaha! Kalau saya bandingkan saya dengan usrahmate lain akan down je, tapi ini sebenarnya rahmat dan nikmat yang الله nak bagi dekat saya. Supaya buat lebih, usaha lagi, sabar, sabar dan sabar. 

Lagipun, dalam strugglenya saya الله hadirkan pelbagai bantuan untuk saya. dah ada MA tracker, usrahmate ajar arab, yang penting bantuan murobbi lah yang palinggg all out. layan nangisnya, merungutnya eh banyak lagi lah. 

moga saya terus menjadi orang yang bersabar dan kuat hafalannya!  

Jom renungkan firman الله 😍


"Semoga keselamatan tercurah kepadamu kerana kesabaranmu. Itulah sebaik-baiknya tempat kesudahan (syurga)." 
Ar-Ra'ad 13:24 

الله telah memilih daripada kita sebaiknya untuk diberikan sabar. kalau ikutkan, mana mungkinlah seorang Marsya anak kedua + bongsu kuat rebel dan pemarah ni boleh jadi penyabar kan? 

suntikan tarbiyah membaiki amal. 

"sabar Marsya, الله nak bagi syurga"

tiada motivasi lebih tinggi daripada syurgakan?
 motivasi kesabaran era ini pun terserlah hebat daripada orang palestin kan? 

syurga yang kita mahukan itu berdasarkan bagaimana kita mengusahakannya.


jom perbaiki mutabaah amal!
 jom tingkatkan sabar!
 jom menuju الله!
 jom masuk syurga sama-sama!







Ulasan

Catatan Popular