بسم الله الرحمن الرحيم
salam buat semua yang setia sudi membaca coretan mangsi saya :)
kali ini perkongsian curahan hati dan pemikiran seputar tentang "buka buku baru"
baru yang bagaimana?
yang tak sama seperti dulu?
yang bikin buntu?
yang beza tindak acara?
yang berubah dari yang lama?
apa yang terjadi pada yang
lama? lupa? hapus? biar?
baru ialah perubahan dari yang lama
yang baru banyak dibantu yang lama
bila kita telusuri sirah, perubahan ini sangat berkait dengan kisah penghijrahan kan?
mudah ke hijrah? sedia ke untuk melangkah? apa bekal untuk berubah? mana letaknya mujahadah?
perubahan ini menuntut kita berbuat luar kebiasaan, tinggalkan keselesaan, ketepikan kecenderungan
demi mendapatkan keberkatan dan keredaan, الله yang Ar-Rahman.
💗 maha baik kan الله, menyedarkan kita dari tipuan dunia dan membuat kita rindu akan syurga.
yang penting segala niat kerana-Nya, tak pernah dibiar sia-sia. tak berhenti mengalir pahala, mengembalikan ceria, sentiasa terpujuk melalui kalamnya.
berubah pun biarlah padan dengan kehendak tuhan.
segera tingkatkan amalan, jangan biar futur berperhiasan.
mari kita renungkan
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا۟ مَا بِأَنفُسِهِمْ ۗ
Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
berikut ialah potongan ayat dari surah Ar-Rad:11
Kita kena sedar, perubahan kita tak jadi jika kita sendiri tak usaha. Namun hidup ni kita juga tak dapat lari daripada ujian tanpa diduga.
Apa jua yang kita lakukan, kita perlu ingat Tuhan.
Ingatan inilah sumber kekuatan.
Bila hati kita bergantung kepada Allah ﷻ, kita akan lebih bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran.
Pada akhirnya, الله tempat kita mohon perlindungan.
Di situlah terletaknya kekuatan sebenar — jiwa kita tidak akan berasa sendirian.
Satu lagi pengajaran, bila dalam kesesatan, الله tak paksa keluar daripadanya.
Kena ada keinginan cari kebenaran.
Apabila usaha itu ada, barulah Allah ﷻ akan membimbingnya ke jalan yang benar.
wallahu'alam
Ulasan
Catat Ulasan
Saya hargai sebarang pandangan dan kritikan ♥︎