surat nasihat
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
jumaat tanggal 11 april 2025, 12 Syawal
hidup kita sentiasa diberi pilihankan? tidak memilih juga merupakan 'pilihan' juga.
pilhan. sukar ditentukan. apa landasan? apa pegangan?
pelbagai tarikan. mahu biar diri dihumban?
atau kerja keras pertahankan iman.
berkali diri ini diketuk, diuji
seringali kalah, menzalimi diri
tapikan aku ada الله yang maha mengetahui
yang sentiasa ada memujuk diri
setelah mengorbankan kecenderungan ini.
bukankah ujian mendekatkan kita pada tuhan?
menuju syurga penuh kenikmatan
adakah benar masih punya pegangan iman?
mengapa culas berbuat pilihan?
dunia sentiasa mengiur kita dengan perhiasan
selagi mana kita punya الله sebagai tuhan
mana mungkin dibiar tanpa kekuatan
rambang mata dengan perhiasan dunia
hati tergoncang diri binasa
akibat terlalu utamakan al-hawa
al-kahfi 18:7
jom lazimkan istikharah 🤗💗
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
dari pendosa yang hina dina, melangitkan doa memohon keampunan,
membersihkan jiwa yang sentiasa dinoda


Ulasan
Catat Ulasan
Saya hargai sebarang pandangan dan kritikan ♥︎