tepung kena ragi ✿

 بسم الله الرحمن الرحيم 


Pertemuan setelah 24 purnama menanti bak tepung kena ragi,
 tanggal 9 Oktober 2024 bersama Prof Lina.


Pertama kali berkenalan dengan Prof Lina,
 selepas mendapat keputusan menyambung peringkat sarjana di UPM. 

Seingat saya waktu itu adalah detik paling mencabar dan terendah buat saya dalam bidang akademik. 

Apa yang saya rancangkan, mahukan, inginkan tidak berlaku seperti yang diimpikan. 

Prof. Lina di muka monitor komputer riba saya dengan semangat memberikan motivasi kepada bakal mahasiswi. Sesi yang agak panjang dan padat dengan persiapan bagi kursus Linguistik Melayu. 

Aura Prof Lina membahang dan menyemarakkan semangat saya untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu di UPM.

Ketika orientasi bersama di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, orang yang paling saya ternanti untuk berjumpa ialah Prof. Lina. Selepas usai taklimat bersama pensyarah pengurus program saya terus berjalan ke arah Prof. Lina untuk bersalaman dan bertanya khabar. Kami saling berborak mesra dan bertukar salam

Selang beberapa hari saya ke bilik prof untuk sesi mendaftar kursus dan belajar mengenai sistem yang diselaraskan buat pelajar secara maya. Bila teringat kembali, rasa malu dan macam "eh kenapa macam tu pun kena jumpa pensyarah eh".

Hati saya masih lagi berat meneruskan langkah di UPM, الله maha mengetahui segala isi hati hambaNya dan telah merancang yang terbaik buat si gadis yang bernama Irdina Marsya.


Setelah 2 tahun yang sangat mendewasakan saya, bersama pengajian di kuliah dan tarbiyah. الله maha suci tuhanku yang sempurna aturannya. الله menghadirkan ujian pada saat dia kehendaki menurut kebijaksanaanNya. 

Berbaki sehari dua lagi saya akan menjalani semester sebagai pelajar tahun akhir dalam jurusan Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu. Semester lepas dan sebelumnya الله dah pun mempersiapkan saya untuk menghadapi ujian ketahanan yang jauh lebih hebat. 

Hati saya berasa tergoncang dengan ujian yang datang, tetapi penerimaan sambutan dugaan kali ini lebih damai dan tenang. Tenang dengan tarbiyah yang الله hendak beri. 

Hanya dengan rahmat dan kasih sayang الله saya dapat bersua muka dengan Prof Lina, kami banyak berborak mengenai urusan akademik dan pelajaran. Saya mohon kepada الله agar pertemuan ini membakar semangat dan motivasi saya. الحمدلله berkat doa ibu dari kejauhan juga melancarkan urusan saya dengan prof. 

Sesungguhnya الله Al-Basith, melapangkan dada kami dan segala urusan kami pada hari tersebut. Saya bukanlah pelajar pintar yang terpandai. Tetapi saya hanyalah manusia yang boleh memberi usaha buat Tuhanku. 

Prof. Lina juga memberi penekanan kepada bagaimana menjadi seorang pelajar berkualiti tidak lain tidak bukan memang terletak pada usahanya. 

Moga usaha saya dalam segala urusan hanya teruntuk الله semata, إن شاء الله. Bila mana usaha kita untuk الله sememangnya ganjaran setimpal telah menunggu. Jadi kita tidak membesarkan ketakutan dan kerisauan tentang memenuhi kehendak dan sangkaan manusia. 

Tadabbur saya ialah sebenarnya yang paling kita tidak suka itulah yang terbaik الله bagi!
الله berfirman dalam surah Al-Baqarah seperti berikut: 


Moga segala ujian dan nikmat kita manfaatkan untuk berbuat lebih dalam tujuan hidup! Selamat menghidupkan iman dan selamat kembali berkuliah! 


Ulasan

Catatan Popular