jihad bagi posisiku kini
بسم الله الرحمن الرحيم
maha suci الله, tuhanku yang maha lemah lembut tadbir urusnya ke atasku. tiada Ilah aku cenderungkan selain الله.
perjalanan pembersihan ilah, kerinduanku kecenderunganku.
الحمدلله ala kulli hal.
الله membuka ruang untuk aku meraikan ujian bersamaNya. menjadikan aku lebih taat, memberi peluang bagiku membuktikan keimanan melalui amal yang sebenar.
Sejadah di surau CALC FBMK, membawakan saya kepada surah Luqman 31:32
jihadku bukan lah seperti saudaraku di Gaza, jauh langit dan bumi apa yang dihadapi baru-baru ini oleh pahlawan kami Asy-Syahid Yahya Sinwar. moga الله memilih kita sebagai tenteranya di posisi masing2.
di posisi yang الله kurniakan terbaik ikut kemampuan kita.
perjumpaan dengan dr arbaie menguatkan perjuanganku, bagaimana melaksanakan tujuan hidupku di posisi aku kini.
sebagai pelajar linguistik melayu, kami bertanggungjawab menguruskan bahasa dan segala aktiviti kebahasaan. menulis, mengujarkan mahupun mengamalkan.
banyak kosa kata dan ayat yang terbaik الله beri ilham kepada penuntut bahasa seperti kami.
jihad bukan berperang semata-mata
kamus Lisan al-‘Arab, jihad berasal dari kalimah jim-ha-dal (ج.ه.د) yang bermaksud menghadapi kesusahan dan mengerah tenaga. (Lisan al-‘Arab: 3/133)
jihad melawan nafsu, jihad mengorbankan keselesaan semata-mata untuk cari keredaan الله.
bagaimana bahasa yang saya gunakan seharian memberi kesan baik kepada orang lain?
termasuklah menggunakan bahasa untuk berdoa dan mendoakan. berbahasa untuk memberi kata-kata yang mengingatkan orang lain kepada الله. berbahasa untuk membantu keimanan orang disekeliling.
sungguh bahasa itu ibadah. lubuk pahala buat mereka yang menyedarinya. kendatipun bahasa juga boleh menjerumus ke arah kemurkaan الله.
ibadah seharian kita juga menuntut untuk kita menggunakan bahasa.
berdoa, berzikir, solat
mana mungkin peranan bahasa itu lekeh tahapnya.
moga الله reda dan terima jihad pada posisi kita masing-masing, yang sedang diuji dengan urusan dunia mohon الله bersihkan kerak dosa pada kita. selamat beramal dan teruskan perjuangan mencari keredaan الله!
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas sebarang pandangan dan kritikan ♥︎