هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي.

 بسم الله الرحمن الرحيم 

Setelah sekian lama tidak menulis, kini kembali dengan potensi diri yang baru, إن شاء الله 

Genap seminggu berada di rumah islam abu ubaidah yang dinamakan Nasru (pertolongan), Abu Ubaidah sekatibah bersama kakak murobbi bersama menjayakan pembukaan Nasru. Proses mencari dana & pencarian rumah mesra wasilah semua ini ialah lapangan amal buat semua.

Cari dana dengan jual barangan preloved, mengajar tuisyen, menjual kek coklat, mengeluarkan duit simpanan dan tabungan. moga usaha kerana cinta ini berterusan hingga hembusan nafas terakhir.

الحمدلله, sesungguhnya pertolongan الله itu dekat. الله sentiasa membantu hambanya, lebih lebih lagi yang beriman kepadaNya. 


RI Nasru masih menantikan kepulangan ahlul yang lain. Usaha mengemas rumah bermula sejurus dawrah Train in Tarbiyah melabuhkan tirai, dalam 17-20 orang mengemas. Lebih mudah buat bersama, lebih seronok dan berharga. 


Pembersihan rumah diteruskan meskipun hanya tinggal 3-5 orang yang tinggal di Nasru. Sangat mencabar RI kami sangat mudah didatangi semut dan lipas. Bukan hanya yang manis sahaja mengundang hatta pemanas air pun dikerumun semut. Jadi kami sangat berhati-hati dan lebih kerap bersihkan dapur dengan menyapu dan mengemop. 


Tapi itu bukan lah nak digembar-gemburkan lagi sebab nikmat dan kasih sayang الله maha luas yang tidak henti menyalurkan pertolongannya. Tuan rumah banyak sediakan kemudahan dan boleh dikatakan fully-furnished. Para Akhowat yang lain juga turut fastabiq berinfaq ke atas Nasru. 


Sejurus pembukaan Nasru, rumah ini dipenuhi dengan wasilah dan perkumpulan dai'e. 
   ماشاء الله تبارك الله 


Kawasan perumahan Nasru mesra qowiyyul jism! Petang hari yang cukup bermakna selepas wasilah kakak murobbi kami bermaian di taman permainan, badminton dan frisbee di laman rumah. Rumah dakwah ini dimanfaatkan sesungguhnya oleh kami. Moga perlatihan ini menjadikan kita lebih siaga untuk الله. 


Aktiviti memasak sememangnya kegemaran saya!



 Hidangan ringkas yang memberi tenaga untuk buat tujuan hidup :)



Bekerja sambilan untuk mencukupkan barangan keperluan rumah.


Inilah pentarbiyahan الله yang menggoncangkanku, menjadi dewasa. Atas dasar cinta, keimanan membuahkan amal. Aku telah hidup di dalam nikmatMu yang melimpah ruah, aku terhutang budi dengan tarbiyah. Ya الله pilihlah aku, bantulah aku menyampaikan agamaMu. 


Suka untuk saya mentadabburi ayat dari surah An-Naml 27:40


"...ini ialah limpah kurnia Tuhanku untuk menguji aku besyukur atau tidak mengenagkan nikmat pemberianNya..."

Ya الله sesungguhnya nikmatMu terlalu banyak dan mewah buatku, moga kau jadikan aku hambaMu yang mengembalikan segalaNya kepadaMu. Ya الله aku mendambakan pertemuan denganMu! 

Bila kami dapat ayat ni masa brisk walk pagi tadi di sekitar rumah, kami terus berborak panjang lebar macam mana kita nak fully utilised nikmat as pembersihan Ilah? 

Memang tak syak lagi kawan Iman itu Ujian. Lagi banyak nikmat lagi ingat dan makin takut dengan الله, takut-takut kesenangan dan keselesaan kita bawa jauh daripadaNya. 
نعوذ بالله من ذلك  


Moga segala harapan dan doa yang dilangitkan menjadi penguat agar dapat berbuat lebih untuk الله ! 









Ulasan

Catatan Popular