Mengapa "Mangsi Marsya"?
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم dan salam kasih sayang buat semua :)
Nama diberi Irdina Marsya Binti Muhammad Rizal.
Anak jati kelahiran Johor sejak 2002.
Bongsu daripada 2 orang adik-beradik.
Gemar buat kraftangan dan kini membaca.
Kini melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia dalam bidang kebahasan, Linguistik Melayu.
Mengapa Mangsi Marsya?
Sudah lama saya menyimpan hasrat untuk menulis dan berkongsi dengan khalayak. Kebiasaannya saya hanya menulis untuk bacaan peribadi. Sejak mengikuti kursus penulisan kreatif semester lepas, saya ingin kekalkan penulisan akan terus menulis lagi di masa akan datang. Untuk memperbaiki diri saya dan memenuhi hak semua.
Mangsi Marsya. Secara asasnya menurut PRPM, mangsi ialah dakwat, tinta, sejenis tepung hitam daripada arang untuk memutihkan gigi. Disebalik makna ini, dakwat dan tinta sangat akrab hubungannya dengan penulisan. Lebih khusus makna mangsi keadaan arang yang hitam jika diletakkan kegunaanya pada yang tepat boleh menyucikan gigi.
Keadaan saya yang penuh kelemahan dan dinodai dosa ini tidak menjadi halangan untuk saya teruskan berbakti mencari reda الله. Saya tak pernah tahu mana amal yang diterima. Mungkinkah juga melalui penulisan tak seberapa ini?
Saya ingin menyahut seruan untuk membangkitkan semula Islam dan kefahamannya. Bukan hanya menunggu kejayaannya tanpa membantu sama. Kerja ini bukan mudah dan memerlukan ramai. Inilah sebabnya saya mula menulis dan berkongsi apa yang kira perlu. Moga akhirnya dapat membangkitkan kesedaran dan keimanan. Mari merenung bersama hadith dibawah:
Dari Ibnu Jair telah meriwayatkan dari 'Ata' r.a, dari Jabir r.a dari Nabi S.A.W seraya bersabda
Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.(al-Ahadist as-Sahihah; 427)
Yang menulis ini bukanlah lebih baik daripada yang membaca. Tetapi kitalah yang sama-sama sedang berusaha mencapai reda-Nya!
Saya berbesar hati menerima sebarang teguran, pandangan dan pendapat untuk kebaikan bersama. Moga الله reda dan mencintai perkumpulan manusia yang mencari berkat dan redaNya <3
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas sebarang pandangan dan kritikan ♥︎