اقرأ

 بسم الله الرحمن الرحيم 

السلام عليكم 
pada tanggal 24 Mei, Jumaat yang lalu PBAKL membuka tirai di PWTC  Kuala Lumpur.

الحمدلله 
saya berpeluang untuk kembali berkunjung dengan insan yang teristimewa, 
murobbiku, kakakku Azizah 🩷

Pembelian buku kali ini cukup berlainan kerana terarah kepada buku-buku fikrah Islam. 
Jadi kebanyakan buku yang saya beli adalah berdasarkan cadangan kakak saya yang seorang ini. 
Dalam hal ini saya memang mempercayai cita rasa beliau. Sebab kakak pun pembaca tegar dan saya punya impian yang sama. 

Ada jualan buku lelong dengan harga cukup murah, berhampiran pintu masuk utama PWTC. 

Kami merebut peluang masih dapat memilih buku yang banyak pilihan kerana hari pertama PWTC masih belum sesak dengan pengunjung.

Reruai Ana Muslim, menggamit kenangan sewaktu kecil. Saya masih ingat waktu berusia 8 tahun saya meminta ibu belikan sepasang baju jenama Ana Muslim, saya cukup gembira dan teruja memakainya. Setiap kali keluar bermain baju tersebut menjadi pilihan.

Adik-adik dari kampung halaman saya sedang khusyuk menulis dalam khat jawi. Sosok kecil yang muda ini masih polos dan belum dinodai memang mudah untuk menerima apa yang disuapkan disekeliling mereka. Moga الله lindung dan jaga adik-adik menjadi penerus agama kita!

Kisah Aku dan Merah Jambu.

gambar kiut miut kak jijah beli donat hehehe

Oatbedient yang setiap hari mengingatkan saya untuk menjadi hamba yang taat. 


Ulasan

Catatan Popular