Pemuda Fetya!

بسم الله الرحمن الرحيم 

Bersama gadisdean daripada kelas BLM kohort 2022! 

Teringat akan soalan yang diajukan pada malam sebelum menghadiri majlis, dalam perjumpaan iman dan wasilah nadwah di RI Siddiq. 

Sebelum melelapkan mata seorang muroobi bertanya kepada saya, 
"Apa keperluan awak nak dapat dekan?" 

"Nak tajamkan alat saya kak." 

"Sejauhmana awak usaha asah alat awak ni untuk Islam?" 

Macam tulah murobbi, ada saja soalan cepu cemas. Tetapi itulah pentingnya Islam tu memang suruh kita berfikir, berfikir untukNya, bersusah payah untukNya barulah الله reda dengan kita! 

Jawapan saya mungkin begini kalau tak kalut jawab malam tu, 


"Saya nak jadi pemuda, bukan pemuda biasa tetapi yang pada tahap Fetya itu." 
Fetya, pemuda yang beriman yang sanggup korbankan apa sahaja untuk reda Rabbnya, pemuda yang الله tambah petunjuk kepada mereka, pemuda yang الله selamatkan iman dan jasad mereka. 

Saya kira usaha saya belajar, pada masa yang sama berwasilah. Inilah medan pentarbiyyahan saya sebagai mahasiswa. Ini lah tempat saya nak melatih diri berusaha memperjuangkan apa yang saya cinta. Sebelum dapat tarbiyyah memang benar perjuangan ini untuk dapatkan kebendaan-kebendaan dunia. 

Selepas الله kurniakan kefahaman itu, saya rasa kesusahan dan keberatan ini lagi saya peluk erat sebab semua buat sebab الله. Nak bantu lagi orang lain dapat kefahaman. Nak bagitahu semua yang Tarbiyyah lah yang membungakan keimanan dan amal saya untuk berjuang. 

Lanjutan itu, saya pun nak menunaikan hak-hak manusia lain dengan alat saya, kelebihan yang الله bagi. Bercakap tentang alat, kelebihan semua ini bergantung pada usaha kan? 



USAHA  HASIL
usaha kita bukanlah penentu hasil, tetapi الله yang menentukan hasil. Semester lepas saya cukup runsing dan merisaukan keputusan akhir meskipun telah usaha sehabis baik. Tetapi bila faham tajuk ke-9 dan ke-10 mukaddimah Fi Zilal. Mana mungkin الله tidak memberi yang terbaik bagi hambanya yang berusaha mastato'tum untuk capai redaNya. Apa yang الله nak bagi reda. Baik atau buruk الحمدلله. Bakal memberatkan hati hakikat ini, maka bergantung dengan الله lebih dan lebih lagi moga harap kiranya. 


Tarikh keramat 29 Mei juga menjadi kebanggaan Umat Islam kerana Kota Konstantinopel berjaya ditakluki oleh seorang pemuda yang bernama Muhamad Al-Fateh. 

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير ذلك الأمير و لنعم الجيش ذلك الجيش

“Konstantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”

Hadis Riwayat Imam Ahmad. 

Selepas 800 tahun baginda mengucapkan hadis tersebut barulah ia dizahirkan oleh seorang pemuda yang luar biasa kehidupannya. Pemuda yang penuh kesungguhan, penuh keimanan, penuh ilmu agama dan peperangan. 

800 tahun hampir satu alaf. الله akan beri kepada mereka yang berjuang dijalanNya. Jom jadi FETYA!

Pada tanggal 29 Mei 2024, awal pagi bertolak dari RI Siddiq ke UPM. Saya bergegas siapkan diri gosok baju dan terus ke fakulti. Sempat juga dalam kesempitan waktu untuk berdhuha. Bagi saya lagi susah nak solat dhuha dalam keadaan lapang berbanding sempit.

Setelah selesai majlis di fakulti, saya makan tengah hari sebab semalam skip makan dan sakit perut menjerit-jerit. Lepas zohor, pulang ke kolej, mandi, bersiap. Ke majlis penutupan Karnival PSAS. Mengunjungi reruai dan pameran di dalam anjung ilmu PSAS. Kemudian bergerak terus ke kuliah walaupun sudah separuh waktu. Mengikuti pembentangan. 

Sewaktu perjalanan ke kuliah dari perpustakaan, dalam cuaca yang terik. Saya cuba latih diri untuk bersyukur dan beristighfar. Sesungguhnya waktu saya diberkati meskipun sibuk. الله Rabbku telah berlemah-lembut denganku, telah mengurniakan banyak nikmat. 

الحمدلله 
ala kulli hal. 


Sijil disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Adi juga pensyarah kursus Fonetik dan Fonologi. 


Bersama temanku yang sama sedondon, Aishahtul 🌸


Berlatar belakangkan rumah Melayu milik Muzium Warisan UPM


Berbaju batik sutera milik bonda tercinta.


Persembahan penutup Majlis Anugerah Kecemerlangan FBMK, dikir barat oleh Kijang Mas!


Barisan jejaka Dikir Barat Kijang Mas segak berbaju Melayu serba hitam.


Pertama kali menikmati mi tarik dan ladu goreng di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, rasanya cukup dan kurang pedas.


Majlis sijil-sijil yang kedua buat saya di Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM


Hobi mengambil gambar menjadi minat yang dapat saya sumbangkan kepada penyebaran ilmu dan maklmat, الحمدلله :)


Hasil kerja yang dipaparkan, kami mengundang anda untuk memeriahkan lagi karnival PSAS pada masa akan datang! 


🌾 Ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk 🌾






Ulasan

Catatan Popular