BIENVENIDOS DEL MUNDO ESPAÑOL!
بسم الله الرحمن الرحيم
Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua warga pendidik! <3
Pada tanggal 16 Mei 2024 yang lepas, saya dan rakan-rakan yang lain terlibat sama untuk mengendalikan Program Language and Cultural Day. Kami bertugas di ruang bahasa Sepanyol. Me encanta! Sehari sebelum majlis, saya dan Balqis bertungkus-lumus menghias gerai bahasa tersebut.
Gerai bahasa Jepun terletak di bahagian depan gerai kami. Terdapat perkhidmatan menyewa pakaian tradisional Kimono dan Yukata!
Wakil pelajar kelas bahasa Sepanyol untuk memperagakan pakaian tradisi negara Sepanyol, pakaian bagi lelaki dinamakan Poncho manakala bagi wanita pula Flamenco.
Kami berehat dari menjaga gerai Sepanyol dan kembara ke Korea! Pengalaman pertama mengenakan Hanbok pakaian tradisional negara Korea.
Jemput tonton koleksi gambar collage LACD!

Ulasan
Catat Ulasan
Saya hargai sebarang pandangan dan kritikan ♥︎