Berguru Pada Binatang oleh Baha Zain
بسم الله الرØمن الرØيم
Sumber oleh Ain Syafiqah
Sumber Jendela DBP
Hasil ilham alam disekeliling beliau, Baha Zain mencoretkan penulisan beliau yang diberi judul "Berguru Pada Binatang". Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ini mengisahkan watak haiwan yang disepadukan dengan nilai dan perilaku manusia. Himpunan cerpen dan puisi yang termuat dalam buku tersebut ialah bentuk dokumentasi fikiran penulis tentang dunia haiwan. Kehidupan orang Melayu sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan alam.
Berdasarkan mukadimah Fi Zilal Quran oleh Syed Qutub tajuk ke-6: Tasawwur benar terhadap alam al-wujud menjelaskan bahawa alam ini bertasbih kepada الله senantiasa dan taat-patuh melangsaikan tujuan hidup. Sebagaimana terakam di dalam kitab agung Al-Quran,
Sesungguhnya الله azzawajalla telah menyempurnakan alam serba hebat yang beriman dan bertasbih ini hanyalah untuk menyokong manusia buat tujuan hidup (abid & khalifah). Moga kita juga meneruskan usaha yang selari sentiasa mahukan bertawajjuh kepada الله seperti mana alam shahadah yang lain.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas sebarang pandangan dan kritikan ♥︎