Wisata Ke Dieng, Pulau Jawa Indonesia
بسم الله الرحمن الرحيم
Seawal subuh hari kami telah bergerak ke Dieng yang perjalanannya 3 jam setengah dari Jogja. Dieng ialah kawasan tanah tinggi bersuhu dingin semacam Cameron dan Genting di Malaysia. Namun suasananya cukup beda di sini. Pemandangan sepanjang jalan ialah Gunung Berapi Sumbing, Jawa Tengah. Kegiatan pertaniannya dimanfaatkan semaksimal mungkin kerana tanahnya subur bukan main. Seperti dalam buku teks sejarah sekolah menengah kami lalu di Candi Borobudur peninggalan abad ke-9. Jalan raya disini sempit dan kecil ditambah sesak dengan lori, mobil dan speda tetapi pemanduannya cukup cekap dan mahir. Jalan setipis ini tiada dibazir.
Sesampainya di Dieng hujan turun mencurah, الحمدلله. Singgah di rumah tamu rehat dengan solat. Keluar menuju ke Tasik Menjer, Kebun Teh Panama, Batu Pandang Ratapan Angin, Kawah Sikidang.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas sebarang pandangan dan kritikan ♥︎