Mega Ancala, Indonesia

بسم الله الرحمن الرحيم  

Saya dibesarkan dalam keluarga yang gemar mengembara dan merantau. Sudah menjadi kelaziman untuk saya mengikuti keluarga bermusafir ke tempat orang. Sejak berada dalam tarbiyyah, pengembaraan saya lebih bermakna dengan berpaksikan kepada الله dan Quran semata. 

Firman الله berkenaan segala yang tersedia di bumi ini berupa nikmat yang mesti kita syukuri dalam Surah Al-Mulk:15

Gunung berapi Bromo yang masih aktif. Perjalanan dari tempat parkir ke kaki gunung ambil masa lebih setengah jam belum sampai puncak gunung berapi. Sangat dahsyat pengalaman pendakian kami. الحمدلله semua baik-baik sahaja. 


Pemandangan banjaran dari Bukit Cinta. 

Gunung Tengger dan dibelakangnya yang berasap itulah gunung berapi Bromo!


 Apa yang terlintas dalam fikiran terhadap ciptaan الله yang dahsyat seperti gunung?

Gunung ialah simbolik tempat penerimaan WAHYU serta tanda kegagahan dan kekuasaan الله SWT. 

Nabi Musa Ø¹Ù„يه السلام: Gunung Tursina, Mesir.

Nabi Isa Ø¹Ù„يه السلام: Gunung Bethelem, Palestin.

Nabi Muhamad ï·º : Gunung Nur, Mekah.


الله berfirman dalam Surah Al-Anbiya':31

Saya juga sangat terkesan dengan perkongsian murobbi dalam sesi bedah buku Fizilalill Quran bersama rakan sekatibah pada cuti kali ini tentang "Alam Al-Wujud". Terbahagi kepada dua Alam Shahadah dan Alam Ghaib dan konsep;

‘Ikhtiari’(اختياري) + Ijbari’(إجباري).

Tasawwur (sudut pandang) dibaiki dengan kefahaman yang baru tentang alam dan kehidupan disekitar kita sebagai manusia. Alam yang mahahebat ini الله sediakan untuk menyokong manusia melaksanakan tujuan hidup sebagai abid dan khalifah. Kerana setiap pokok dan satwa itu sentiasa bertasbih taat patuh kepada الله. Tidak hairanlah setiap kali mencari ilham kita kembali ke alam, sebab alam makhluk yang buat tujuan hidupnya menjadi penyokong kepada manusia untuk menunaikan perkara yang sama. Oleh itu, nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan? 


Semoga kita diberi peluang oleh الله untuk mengembara dan memikirkan keadaan alam seperti mana tercatat dalam Al-Quran agar bertambah lagi keimanan dan kefahaman kita tentang agama. Amin yarabbalalamin...


Ulasan

Catatan Popular