Selamat Bertakwa!
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Patuh Melayu mengikut firman,
Firman الله Yang Maha Besar;
Senonoh laku berpatut iman,
Iman dan takwa menjadi pagar.
Marhaban Ya Ramadan!
Objektif puasa ialah takwa, takut mengundang kemurkaan الله dan sentiasa melakukan perkara yang الله suka dan suruh.
ڤواسا → تقوى
Bagaimana hendak capai?
Untuk mendapatkan TAKWA bukanlah semata-mata bergantung kepada ibadah dan meninggalkan urusan yang lain. Islam ialah agama yang syumul dan menyeluruh dari segenap sisi kehidupan.
Letakkan anjuran Islam dalam bekerja, belajar, bermain, memasak, menguruskan rumah tangga dan kesemua urusan kita. Niatlah kerana الله dan berusahala bersungguh-sungguh, الله sangat suka akan hambanya yang mastato'tum kerananya.
Bila berada dalam tarbiyah, tasawwur kita juga akan semakin baik menurut cara pandang Islam yang sepatutnya. Seperti dalam bekerja kita akan buat sehabis baik bukan sebab majikan melihat kita tetapi الله sentiasa mengawasi tindak tanduk kita bahkan juga apa yang ada dalam hati kita.
Takwa ada 3 peringkat menurut Al-Imam Ibn Al-Qayyim ▽:
- Memelihara hati dan anggota badan dari segala perkara yang diharamkan
- Menjaga diri dari perkara makhruh
- Meninggalkan perkara yang berlebihan dan yang tidak bermanfaat
Oleh itu, bertakwalah dalam setiap urusan kita. Jangan berputus asa, الله maha tahu. Tugas kita berusaha sedaya upaya sebab الله suka. Berlapang dada dengan hasil yang kita dapat. Hasil yang kita dapat berdasarkan apa yang الله hendak beri bukanlah semata pada apa yang kita mahukan.
Terlalu banyak nikmat yang الله beri kepada kita. Benar, ujian itu akan memberatkan rasa dihati tetapi الله sentiasa ada untuk kita kembalikan segala rasa syukur dan sabar buatNya. Mudah itu bukan terletak pada ringan atau berat ujian tetapi pada hati yang reda menerima ketentuan yang maha esa. Bukan namanya ujian, bukan namanya dugaan kalau mudah bagi hati. Tetapi الله kan ada? Dengan itu kita lebih ikhlas meminta dan kembali kepada الله.
Betulkan niat, tajdid kerana الله sahaja.
Jika gagal kita punya masa untuk cuba dan usaha.
Keberjayaan hanya diketahui bila sampai di Syurga.
السلام عليكم dan salam penutup bicara buat semua.

Ulasan
Catat Ulasan
Saya hargai sebarang pandangan dan kritikan ♥︎