Sarang semut? An-Naml.
بسم الله الرØÙ…Ù† الرØÙŠÙ…
Hampir dua minggu juga mengerjakan pesanan kuih yang banyak di bakeri. Hari ini dan semalam bertungkus lumus buat kuih sarang semut. Buat kuih raya yang kecil molek ini rupanya sangat sukar, banyak tenaga dan kemahiran tinggi yang diperlukan. Kalau kasar sangat rosak kalau lembut sangat tak menjadi. Macam itu jugalah dengan penjagaan iman kita masing-masing yang memerlukan cara yang 'kena' pada tempatnya.
Proses pembuatan kuih sarang semut:
Persediaan adunan → Parut adunan → Buka cawan kertas → Masukkan adunan ke dalam cawan kertas → Susun kertas cawan di atas loyang → Tabur cip coklat → Panaskan ketuhar dan bakar.
Mengapa kuih ini dinamakan sarang semut oleh leluhur kita?
Teringat saya tentang perkongsian siri bedah buku sewaktu cuti semester ini berkenaan hakikat alam al wujud. الله ciptakan alam yang mahahebat ketundukannya ini adalah untuk menyokong dan memudahkan manusia buat tujuan hidup. Seronok bukan ada sistem sokongan semesta alam? Alam ini bertasbih dan mengingat الله. Alam ini mendamaikan hati yang bersamanya. Alam ini memberi ilham. Oleh itu gemulah leluhurkan mendapatkan ilham nama kuih ini sebagai sarang semut adalah contoh ilham alam.
27:18
Dalam banyak-banyak haiwan, kenapa semut?
Istimewanya, semut ada surah tersendiri dalam alquran! An-Naml. Semut masyhur dengan sikap ringan tulang dan patuh arahan. Semut ialah makhluk Ijbari, hanya tunduk patuh kepada الله sahaja. Walaupun kecil pada saiznya tetapi cukup penting dan bermakna kepada peranan dan sikapnya yang boleh kita contohi.



Ulasan
Catat Ulasan
Saya hargai sebarang pandangan dan kritikan ♥︎