Tadabbur Surah Al- 'Ādiyāt

 بسم الله الرحمن الرحيم 


 Surah Al- 'Ādiyāt yang bermaksud kuda perang berlari kencang.




Ayat 1-5 الله menggambarkan keadaan kuda perang yang mara dahsyat dan bersungguh-sungguh melaksanakan suruhan tuan yang telah menjaganya. Kuda ini digambarkan bersedia meskipun pada awal pagi. 

Setelah الله dapat mendapatkan perhatian pembaca dengan mengemukakan perumpaan sebegitu rupa dalam ayat 6-11 الله menempelak keadaan manusia yang tamak pada harta. Kerana keadaan manusia tidak bersyukur dan terlampau sayangkan harta.



Takutlah kita kita terikat kepada dunia, terikat kepada harta, terikat kepada jawatan barangkali buat kita susah untuk jadikan الله sebagai sembahan, sebagai pengisi akal dan hati. 

Hebat dan luar biasa keadaan kuda yang digambarkan sebab dia tidak berbuat biasa-biasa untuk tuannya. Kuda ini bersungguh-sungguh buat apa yang tuannya suruh. Mana taknya, tuan yang bagi makan, tuan yang membersihkan, tuan yang memenuhi keperluan si kuda mesti dia akan buat sehabis baik sebagai tanda mengenang jasa. Bagaimana pula dengan kita? 

Sebegitu hebat hubungan kuda dan tuannya, apatah lagi hubungan kita dengan الله. Bagaimana bentuk perhambaan kita kepada الله? Apa kita terlalu larut dengan perhambaan harta, jawatan, keputusan cemerlang semata? 

والله أعلم


Ulasan

Catatan Popular