Coretan Buat Kakanda Wijaya
Kakanda Wijaya
Karismamu membuat semua terpana
Memberi ilmu tidak berkira
Berkongsi apa segala di dada
Kakanda Wijaya
Nasihatmu sarat pesanan
Buat bekalan jadi pedoman
Moga sentiasa dinaungi Ar-Rahman
Kakanda Wijaya
Pekertimu menjadi contoh buat semua
Mengharungi pelbagai onak dan kendala
Tetap teguh kekal memasang asa

Ulasan
Catat Ulasan
Saya hargai sebarang pandangan dan kritikan ♥︎