Aku, Kita, dan Usrah II

 Ø¨Ø³Ù… الله الرحمن الرحيم 




Pertama kali berusrah pada tanggal 14 Oktober 2022 bersamaan 19 Rabiulawal 1444H dengan murobbi Kak Aiza Suraya 🩷


الحمدلله saya bersyukur ke hadrat الله Al-Nur Al-Hadi kerana telah memilih kami untuk mendapat kefahaman agama dan mendidik jiwa dengan Al-Quran. 


Dalam penulisan ini tujuan saya adalah untuk berkongsi serba sedikit apa yang dikatakan

 "Usrah"

Usrah bermaksud keluarga, keluarga yang perkumpulannya bertujuan untuk menghayati islam. Misalnya, ibu ayah bersama adik-beradik lain berkumpul di rumah untuk belajar sirah, hadith, mengaji dan sebagainya. 

Usrah pertama telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW di rumah Al Arqam Bin Abi Arqam. Usrah yang mengumpulkan keluarga seaqidah. Usrah juga ialah komponen fundamental kepada tarbiyah individu muslim. 

Tujuan usrah adalah untuk: 

  • Meningkatkan kefahaman terhadap Islam
  • Menambah penghayatan ajaran Islam
  • Membina generasi Islam yang insaf dan sedar akan cabaran ancaman Islam


Hasil perkumpulan usrah ini bukanlah hanya untuk menambah ilmu dan memanfaatkan aqal semata-mata tetapi untuk  didik jiwa agar dapat melonjak keluarkan hasil keimanan yang terhasil.

 Iman ialah mempercayai dengan hati, menyebut dengan lisan dan beramal dengan anggota. Iman itu bukanlah hanya duduk dalam hati tanpa ada kesan psikomotor yang sama pada percakapan dan perbuatan kita. 

Secara peribadinya dulu, saya mula mencari perkumpulan usrah ketika orientasi PutraSouq di UPM pada tahun 2022. الحمدلله Al-Huda ialah persatuan yang saya sertai. Sesuai dengan nama Asma الله yang memberi petunjuk dan mengeluarkan sesuatu dari sesuatu. 

Semoga الله Al-Hadi mengekalkan saya untuk sentiasa berada dalam usrah dan tarbiyah. Banyaklah kekurangan diri perlu diinsafi dan perbaiki. Banyak ujian yang bakal akan mendatangi. الله Al-Hadi kekalkanlah kami dalam kalangan orang yang beriman hingga kami mati. 


Murobbi GadisUsrah, Kak Azizah Habir <333


Barisan murobbi yang mentarbiyah mutarobbi yang comel seperti kami ;) 


Berakhirlah dawrah "Aku, Kita, dan Usrah" sebagai tanda permulaan untuk lebih faham dan beramal dengan neraca Islam. إن شاء الله lebih banyak lagi perkongsian tarbiyah yang bakal saya kongsikan pada masa akan datang. Doakan! 


Ulasan

Catatan Popular