Rahasia Kebaya

 بسم الله الرحمن الرحيم 

 

Pergi ke pasar menjual bunga, 

     Menjual bunga waktu pagi; 

Gadis ayu berbaju kebaya,

    Kebaya anggun tambah seri. 

 

Kebaya ialah busana warisan yang tertua di Nusantara. Pengkaji mendapati kebaya berasal daripada perkataan هبي, habaya mendukung makna pakaian yang labuh sampai ke kaki dan berbelah di hadapan. Menurut kamus al-Marbawi istilah tersebut berentetan juga dengah akbia, akbiyyatun, kabah yang bermaksud pakaian bahagian luar. Demikian kerana kehebatan pengaruh Islam yang ingin diteladani oleh semua lapisan masyarakat. Masyarakat nusantara juga tidak melepaskan peluang.


 

 

Hasil kerja leluhur kita dengan kebaya kain berayat tenunan berjalur yang tertulis, ملبوس الفية bermaksud si pemakai dalam keadaan sihat walafiat diselangi dengan corak berbunga jalur. Busana kain tenun broked Parsi ini disarungkan oleh kerabat diraja sekitar tahun 1890-an. ما شاء الله  bagi saya ini bukan hasil kerja sembarangan. 




Saya cukup tertarik dengan ungkapan Tenas Effendy tentang kebaya. Pak Tenas cukup sinonim bagi kami pelajar linguistik Melayu yang sentiasa diingatkan dengan Tunjuk Ajar Melayu beliau. Hubaya الله merahmati Pak Tenas.  




Kebaya labuh yang bewarna terang merona dipadankan dengan kain sarung lipatan tindih kasih, menambah anggun dan seri pemakai. Potongan longgar dan labuh memberi keselesaan dan memudahkan pergerakan pemakai.



Kebaya kiri ialah potongan kebaya pendek dengan motif ikan emas yang disulami dengan teknik ketuk lubang sangat halus cantik serta memukau.

 Kebaya kanan pula ialah kebaya renda diperbuat daripada kain kasa dan sulam kerawang diperbuat daripada benang kapas. 

Seni halus dan teliti ini sungguh menakjubkan. Padanan kain sarung batik biasa dengan lipatan tindih kasih disuai padankan.




Kebaya biku berbentuk cangkerang siput dengan kain tenun ringan yang halus bercorak rama-rama dan bunga sangat sinonim dengan si pemakai dari bumi kenyalang. Kebiasaannya wanita Iban akan memakainya untuk majlis keramaian atau sambutan Hari Gawai.




 Kebaya Kazamintu ialah kebaya labuh bewarna putih diapakai oleh masyarakat Portugis di Melaka. Uniknya terdapat hiasan pelapik dada dengan kain porongan kembang serta hisan dipergelangan tangan. Kebaya potongan moden diperbuat daripada kain kapas bersulam timbul ini dipakai oleh pengantin wanita kaum Portugis di Melaka sekitar tahun 1950-an.




Kebaya kumpridu ialah kebaya labuh diapakai oleh masyarakat Portugis di Melaka. Kebaya ini diperbuat daripada kain kapas bercorak bunga dengan kain batik lipatan tindih kasih. Golongan pertengahan umur kebiasaannya menggayakan kebaya ini ketika mengahadiri majlis keramaian pada sekitar tahun 1950-an. 



الحمدلله saya panjatkan kesyukuran ke hadrat لله SWT kerana beri kudrat dan kekuatan untuk saya mengenali warisan budaya dan pengaruh Islam terhadap pemakaian wanita. Wanita diangkat darjatnya, dipelihara maruahnya kerana Islam. Moga-moga kita juga menjadi penjaga amanah ad-Din dengan Islam dan redha لله SWT. 

Sedalam-dalam terima kasih, بارك الله فيك  juga kepada pihak Muzium Tekstil Negara kerana mengizinkan saya membuat kajian lapangan di sana. Ya Allah Ya Nafi' berkatilah ilmu kami supaya bertebaran dan dapat dimanfaatkan bagi generasi akan datang. 




Saya akhir catatan ini, saya ingin berkongsi kebaya Perlis terbesar dengan mengunakan 341 meter kain. 
Wabillahi taufiq wal hidayah Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. 


Ulasan

  1. Wah berkebaya indah , terletak santun di tubuh adinda, menarik sungguh makrifat kata, semoga kekal bermujadah dalam kata.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Saya hargai sebarang pandangan dan kritikan ♥︎

Catatan Popular