Guna Tinta Sebagai Lubuk Pahala

بسم الله الرحمن الرحيم 
 
 
Saya mulakan penulisan ini dengan mengemukakan sepotong hadith riwayat Muslim berkenaan dengan pahala kebaikan. Pahala ini adalah bentuk ganjaran Allah yang sentiasa diharapkan oleh hambanya yang beriman dan bertaqwa. Lazimnya, pahala ini dapat diperolehi dengan melakuakan segalanya kerana Allah untuk mendapat reda dan rahmatNya.

 Adakah melalui solat, puasa dan zakat sahaja kita dapat pahala? 

Bagaimana hendak kita mencari lubuk pahala yang sesuai dengan reda Allah? 

Setelah melangkah ke tahun kedua di UPM sebagai pelajar lingusitik Melayu ini, sejujurnya saya cukup terkesan dalam kuliah subjek BBK3410 Penglahiran Bakat Kreatif dibawah kelolaan Dr Kamariah Kamaruddin seorang pejuang sastera dan bahasa yang berjiwa besar. 


Saya yang mengagumi karya beliau, pastinya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan autograf buat kali pertama bagi karya Bingkisan Puteri 3 Negeri. 



Sebelum ini tidak terlintas dalam fikiran untuk menulis dan berkarya. Kebiasannya saya hanya suka menulis coretan hati sekadar dalam diari sahaja. Kini saya lebih faham hadith di atas dan mempunyai bekalan ilmu yang disampaikan Bonda Dr. Kamariah menyuntik semangat saya untuk mula berkarya dan menulis sebagai lubuk pahala saya. 

Saya berdoa kepada Al Wahhab agar Dr. Kamariah Kamaruddin sentiasa dibawah lindungan rahmat dan reda Allah. Semoga kemanisan ilmu dan dakwah yang disampaikan beliau tersebar luas dan menusuk dalam sanubari mahasiswa yang berdamping dengannya. Al Muiz Yang Maha Memuliakan angkatlah darjat beliau sebagai pendidik ummah. Sesungguhnya aku menjadi saksi kepada ilmu serta manfaat yang beliau sampaikan kepada kami. Hubaya kami sama-sama mendapat ganjaran dengan lubuk pahala melalui penulisan. Ya Mujeeb perkenankanlah doa ini. 



Ulasan

Catatan Popular