Drama Kisah Kaisara
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ
Untuk coretan kali ini saya ingin berkongsi antara drama siri kegemaran yang saya tonton pada zaman kanak-kanak. Kisah Kaisara menjadi tatapan kami sekeluarga pada Rabu jam 9:30 malam.
Kaisara ialah seorang gadis sekolah menengah bersama rakan akrabnya Yanie, Amy dan Dania yang masing-masing mempunyai watak dan keistimewaan yang tertentu.
Apa yang membuatkan saya tertarik untuk bercakap mengenai drama ini kerana gadis Kaisara ini sentiasa berfikiran positif dan matang dalam selesaikan masalahnya sesuai dengan redha Allah. Walaupun di diduga dengan pelbagai konflik keluarga dengan penceraian ibu bapa namun dia tetap tabah dan sentiasa bersikap positif.
Watak Kaisara yang dimainkan oleh Sariyanti akan sentiasa memberi pengajaran dan ibrah pada setiap akhir episod. Bagi saya ini memberi pengajaran bagi remaja seusia Kaisara untuk fikir kembali dan imbas kembali hari mereka serta bersyukur atas segala nikmat kurnianNya walaupun hari kita tak indah belaka.
Saya juga berharap agar drama dan cerita seperti Kisah Kaisara, Tentang Bulan, Bong, Puteri kembali lagi dalam arus perdana kerana kisah seperti kekeluargaan, remaja yang optimis, budaya Melayu yang ditonjolkan perlu kembali ke kaca televisyen. Namun apa yang terjadi, drama cinta yang tak sepatutnya menjadi hidangan masyarakat sehingga membawa masalah sosial.
Moga-moga harapan ini bukan tinggal harapan tapi إن شاء الله satu hari nanti dapat dizahirkan. Semoga kita sentiasa mendapat Rahmat Ar Rahman Ar Rahim. Wabillahitaufiq walhidayah Assalamualaikum W.B.T.


Ulasan
Catat Ulasan
Saya hargai sebarang pandangan dan kritikan ♥︎