Talentime Arahan Yasmin Ahmad.
بِسْÙ…ِ اللهِ الرَّØْÙ…ٰÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ
Talentime ialah filem arahan Yasmin Ahmad yang terakhir sebelum beliau meninggal dunia. Yasmin Ahmad cukup terkenal dengan hasil karya beliau melalui iklan-iklan keluaran Petronas yang sememangnya meninggalkan kesan mendalam dan sentimental kepada penonton.
Sebagai penggemar Yasmin Ahmad, secara peribadinya saya memerhati karya beliau bertemakan perpaduan dan keharmonian kaum yang berbilang di Malaysia. Talentime ini berkisahkan pertandingan pencarian bakat anjuran Cikgu Adibah yang dimainkan oleh Allahyarhamah Adibah Noor. Para pelajar sekolah menengah juga terdiri daripada pelbagai bangsa.
Talentime ini melihatkan pertemuan dua hati antara seorang gadis Melayu kacukan bernama Melati dan seorang pelajar lelaki berbangsa India yang bernama Mahesh yang bisu. Walaupun berkisahkan cinta remaja tetapi susunan cerita dengan elemen kekeluargaan cukup pekat dalam karya Yasmin Ahmad.
Saya cukup terkesan dengan cara setiap keluarga membesarkan para pelajar ini. Melur datang daripada keluarga berada dan penuh kasih sayang. Mahesh pula tinggal di kawasan kampung dengan kakak dan emak yang sakit. Hafiz pula anak yatim dan selalu bersama ibunya di hospital selepas waktu persekolahan.
Banyak pengajaran yang saya cukup terkesan dalam sanubari. Tidak mustahil untuk kita bersatu walaupun berbeza latar belakang apatah lagi jika mempunyai banyak persamaan. Terdapat juga unsur kekitaan dan kerjasama dengan percampuran masyarakat kaum yang pelbagai. Watak gadis bernama Melur yang selalu mengenakan baju kurung setiap kali hadir latihan memberi inspirasi kepada saya untuk mencintai busana warisan leluhur yang cukup sopan.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas sebarang pandangan dan kritikan ♥︎