Tadabbur Surah At-Takāṡur
Sesi usrah semalam, murobbi Azizah Habir membawa kami kepada pentadabburan surah At-Takasur.
Umumnya Takasur ini mendukung makna seperti berikut:
1. Kemahuan untuk mendapat lebih banya, lebih kaya, lebih menonjol, lebih dan segalanya lebih.
2. Bersaingan dengan orang lain bagi memperoleh lebih banyak keduniaan.
3. Menunjuk-nunjuk dan bersikap angkuh dengan mempunyai banyak kelebihan.
Lebih menakutkannya adalah Allah S.W.T berfirman dengan nada yang menggerunkan dan menakutkan.
Lebih mudah untuk ucap Alhamdulillah berbanding Astaghfirullah ketika mendapat nikmat.
Tujuan hidup kita adalah menjadi Abid dan Khalifah, beribadah kepada Allah serta menjadi teladan bagi umat. Tapi kini berapa ramai yang tidak tahu tujuan hidup mereka?
Mereka kejar perkara yang tidak sepatutnya. Mereka tunduk dengan hiburan dunia. Mereka biarkan jahiliyyah dalam diri berleluasa.
Sejauh manakah kelebihan kita membantu pembangunan iman?
Sejauh manakah kenikmatan kita menyumbang kepada tujuan hidup?
Sejauh manakah kemahiran, kepandaian, kekayaan, kemasyhuran kita dapat memantapkan keimanan?
Adakah kita bersedia hendak menghadap Allah?
Apakah jawapan yang kita berikan sekiranya ditanya,
"Apa yang kau dah buat dengan nikmat yang Aku berikan?"
فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan!"
31 kali diulang-ulang, ulang dan ulang.
Memang itulah hakikat manusia, ditegur sekali memang tak sedar.
Apabila sudah terhantuk baru terngadah,
Tentulah tidak berguna lagi.
Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah sekilas babak dalam filem yang panjang
- Syed Qutb
Moga-moga kita sentiasa menjadi hamba Allah yang beringat dan saling mengingatkan, moga-moga kita lancar ketika persembahkan amal dengan pemberian nikmat kurniaanNya. Ya Rasheed Ya Jalil berilah kami petunjuk dan kekuatan menongkah hawa nafsu. Ya Mujeeb perkenankanlah, angkatlah doa kami.
Ya Rabbal Alamni.
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih atas sebarang pandangan dan kritikan ♥︎