Sinopsis: Kelana Lara Ke Aotearoa

بسم الله الرحمن الرحيم 


 ILHAM ALAM 

Cetusan ilham penulisan ini hasil daripada pengembaraan peribadi penulis ke bumi Aotearoa. Latar tempat pencetus ilham penulis ialah ketika sedang menikmati pemandangan tasik cermin Taman Negara Fiordland, New Zealand. Suasana yang damai dengan kicauan burung Takahe yang meriangkan sunyi alam. Insya-Allah jika diberi rezeki oleh الله akan penulis menjejakkan kaki ke bumi Aotearoa buat kali ketiga. 


SINOPSIS CERPEN


Cerpen ini mengisahkan tentang seorang gadis dan perjuangan menimba ilmu di sebuah menara gading yang terletak di bandar Otago. Beliau anak sulung kepada pasangan Haji Razak dan Hajah Wati ini diberi nama Siti Melati. Bertemankan dua beradik yang sangat dikasihi, Ahmad Jebat dan Siti Orked. Gadis kelahiran ranah Jauhar ini bukan sahaja jelita paras rupanya bahkan juga pintar dan tegas dalam membuat keputusan. 


Siti Melati menyambung pengajian pada peringkat sarjana dalam bidang Sejarah Timur Tengah dan Agama Islam Aotearoa di Universiti Otago New Zealand. Banyak cabaran dan rasukan arus pemodenan yang ada disekeliling beliau tetapi itu tidak sesekali menggoyahkan pendirian beliau sebagai wanita muslimah yang terpelihara. Bait-bait pesanan yang dititipkan oleh ibubapa gadis seharum puspa mewangi ini menjadi pegangannya ketika kembara ilmu di negara orang. 


Pada ulang tahun kelahiran yang ke-25, Melati di khabarkan memiliki barah payudara setelah beberapa bulan menghidapi simptom-simptom yang ketara. 


Walau kencang bertiup angin, 

Kapal berlabuh akan terbalik; 

Biarlah karam di tengah lautan, 

Namun tidak berpatah balik.


Semangat wanita ini tidak pudar dek keuzuran yang ditanggung tubuh mungilnya.


Ulasan

Catatan Popular