Adicita Al-Attas

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِي

Bergambar bersama Datuk Dr. Syed Tawfik Al-Attas, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam dan anak sulung kepada Tan Sri Syed Naquib Al-Attas.

Tanggal 29 Julai 2023 bersamaan 11 Muharram 1445H, sebelum pulang ke kampung untuk menjalani cuti semester saya berpeluang untuk menyertai Syarahan Agung Syed Naquib Al-Attas di PWTC, Kuala Lumpur. 

Saya mendapat pendedahan awal tentang falsafah sewaktu semester pertama berada di UPM dalam subjek Falsafah dan Isu Semasa yang dijajarkan oleh (Ms.) Dr. Hazieqa. Falsafah yang paling menarik bagi saya adalah tentang hakikat insan. Pada mulanya, falsafah ini cukup sarat dan berat untuk saya fahami. Apa itu falsafah? Falsafah ialah cinta terhadap hikmah.

Syarahan yang disampaikan oleh Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas adalah berkenaan penulisan terbaharu beliau yang bertajuk Islam: Perjanjian yang Ditunaikan.


! بارك الله فيك
terima kasih atas pemberian senaskah mahakarya Syed Muhammad Naquib al-Attas sebagai pembakar semangat!


Bersama-sama dalam majlis ilmu ialah Kak Darleena.


Rakaman majlis perasmian Syarahan Agung Syed Naquib Al-attas.

Ulasan

Catatan Popular